Good news!!!!

Kenaikan Kadar Biasiswa

58. Kerajaan sedar bahawa kos sara hidup pelajar telah meningkat. Oleh yang demikian, Kerajaan akan meningkatkan elaun sara hidup pelajar di semua peringkat pengajian tinggi tempatan, termasuk kursus persediaan dan kursus bahasa. Peningkatan elaun tersebut adalah di antara 23 peratus sehingga 84 peratus. Kadar baru ini berkuatkuasa mulai semester pertama sesi 2007. Lebih 90,000 pelajar akan mendapat manfaat daripada kenaikan ini.

59. Pada masa ini, Kerajaan menaja seramai 17,000 ribu pelajar di universiti luar negeri. Kerajaan telah pun meningkatkan elaun sara hidup di Australia, New Zealand, Mesir dan Korea Selatan pada tahun 2006. Kini, Kerajaan akan meningkatkan elaun sara hidup pelajar di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada sehingga 97 peratus, iaitu hampir dua kali ganda, berkuatkuasa September 2007.

Diambil daripada Teks Ucapan Bajet 2008 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah bin Hj Ahmad Badawi, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia, yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7hb September 2007.

‘BERSAMA MEMBINA NEGARA DAN MENIKMATI KEMAKMURAN’

Blog CIted:

http://wjleong.blogspot.com/

4 Responses to “Good news!!!!”

  1. Lyh-II Says:

    hiak hiak hiak~isnt this a good to all of us??i can eat whatever i want instead economic rice and bread all the time!

  2. sNaiL Says:

    yea
    its definitely is!!!
    hooray~~

  3. Emily Says:

    oh sobs..i’m jealous :( oh well, since u guys got extra $$$..means MORE m&m’s for me?? ngek ngek ngek =p

  4. sNaiL Says:

    hihi..no ;p

Leave a Reply